- 1Niat ihram UmrahNiat berlaku di dalam hati
- 2Tawaf UmrahTujuh pusingan
- 3Saie UmrahTujuh perjalanan
- 4Bergunting/BercukurSekurang-kurangnya tiga helai
- 5TertibMengikut susunan semua rukun
Kenali Umrah
Asas yang perlu dikenal
Kenal pasti kedudukan rukun dan wajib sebelum mengikuti langkah perjalanan.
Struktur Ibadah Umrah
Rukun menyempurnakan Umrah · Wajib mesti dijaga
- 1Berniat di miqatSebelum melepasi sempadan miqat
- 2Menjaga larangan ihramSehingga bergunting atau bercukur
01Bersedia untuk IhramSunat · Sebelum berniat
- Mandi sunat ihram.
- Berwuduk.
- Rapikan kuku dan rambut jika perlu.
- Lelaki: dua helai kain ihram.
- Wanita: pakaian menutup aurat.
- Pilih pakaian yang selesa.
Sunat sebelum niat
- Memotong kuku dan merapikan rambut.
- Mandi sunat ihram dan berwuduk.
- Memakai wangian pada badan sebelum berniat.
- Menunaikan solat sunat ihram jika berkesempatan.
Pakaian lelaki
Pakaian wanita
02Miqat dan NiatRukun 1 · Wajib 1 · Permulaan ihram
Niat di dalam hati untuk mengerjakan Umrah.
Berniat sebelum melintasi miqat makani yang berkaitan dengan laluan perjalanan.
Lafaz niat — Sunat
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلّٰهِ تَعَالَى
Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.
Niat berlaku di dalam hati. Melafazkan niat adalah sunat untuk membantu menghadirkan niat.
Talbiah — Sunat
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لَا شَرِيكَ لَكَ
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya puji-pujian, nikmat dan pemerintahan adalah milik-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.
Miqat perjalanan
Dari Madinah: lazimnya Zulhulaifah/Bir Ali.
Dari Malaysia terus ke Makkah: Qarn al-Manazil (Qarnul Manazil) ialah miqat yang lazim digunakan. Berniat sebelum pesawat melintasi miqat dan ikuti pengumuman serta panduan pembimbing.
03Dalam IhramWajib 2 · Jaga larangan hingga bergunting/bercukur
- Bertalbiah dan berzikir.
- Jaga solat dan percakapan.
- Pelihara akhlak serta keselamatan.
Jauhi semua larangan ihram sehingga selesai bergunting atau bercukur.
13 larangan mengikut kelompok
Menutup kepala (L) dan muka (P)2
- Menutup kepala bagi lelaki.
- Menutup muka bagi wanita dengan sesuatu yang melekap padanya.
Memakai pakaian tertentu2
- Memakai pakaian bersarung atau bercantum mengikut bentuk anggota badan bagi lelaki.
- Memakai sarung tangan.
Menggunakan minyak dan wangian2
- Memakai minyak pada kepala atau janggut.
- Memakai bau-bauan.
Perkara berkaitan jantina3
- Melakukan pendahuluan persetubuhan.
- Bersetubuh.
- Melakukan akad nikah.
Merosakkan atau memusnahkan4
- Menanggalkan rambut atau bulu daripada badan.
- Memotong kuku.
- Memburu atau membunuh binatang buruan darat.
- Menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan yang dilindungi di Tanah Haram.
Formula mudah ingat: 2–2–2–3–4
- 2 — kepala lelaki dan muka wanita.
- 2 — pakaian tertentu dan sarung tangan.
- 2 — minyak dan wangian.
- 3 — hubungan dan akad nikah.
- 4 — rambut, kuku, buruan dan tumbuhan Tanah Haram.
Hayati ihram
04Tawaf UmrahRukun 2 · Tujuh pusingan mengelilingi Kaabah
- Mula sejajar Hajar al-Aswad.
- Bergerak dengan Kaabah di kiri.
- Lengkapkan tujuh pusingan.
- Menutup aurat dan bersuci.
- Berada di luar Hijr Ismail.
- Cukup tujuh pusingan dengan yakin.
8 syarat sah Tawaf
- Menutup aurat.
- Suci daripada hadas besar dan kecil.
- Suci badan, pakaian dan tempat Tawaf daripada najis.
- Bermula dan berakhir pada sudut Hajar al-Aswad.
- Kaabah berada di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan.
- Di dalam Masjidil Haram dan di luar Kaabah, Hijr Ismail serta Syazarwan.
- Mengekalkan tujuan Tawaf.
- Cukup tujuh pusingan dengan yakin.
Amalan sunat
- Berjalan kaki jika mampu.
- Berzikir dan berdoa.
- Istilam atau isyarat tanpa menyakiti orang lain.
- Berturut-turut dan solat sunat Tawaf selepas selesai.
- Bagi lelaki: idtiba‘ ketika Tawaf Umrah dan ramal pada tiga pusingan pertama jika sesuai.
Kerusi roda atau buggy
Jika ragu bilangan
05Saie UmrahRukun 3 · Tujuh perjalanan antara Safa dan Marwah
Setiap perjalanan sehala dikira satu. Pergi dan kembali ialah dua perjalanan.
- Selepas Tawaf yang sah.
- Mula di Safa.
- Cukup tujuh dan tamat di Marwah.
6 syarat sah Saie
- Dilakukan selepas Tawaf yang sah.
- Bermula di Safa dan berakhir di Marwah.
- Cukup tujuh perjalanan dengan yakin.
- Sampai ke penghujung kawasan Safa dan Marwah.
- Melalui laluan Saie yang ditetapkan.
- Mengekalkan tujuan Saie.
Amalan sunat
- Dilakukan sejurus selepas Tawaf.
- Berwuduk, berdoa dan berzikir.
- Dilakukan secara berturut-turut.
- Lelaki berlari-lari anak di kawasan lampu hijau jika keadaan mengizinkan.
Kerusi roda atau buggy
Jika ragu bilangan
06Bergunting atau BercukurRukun 4 · Langkah akhir sebelum keluar daripada ihram
Bercukur seluruh kepala lebih afdal. Jika bergunting, pastikan sekurang-kurangnya tiga helai rambut dipotong.
Bergunting dan tidak bercukur. Potong hujung rambut serta pastikan sekurang-kurangnya tiga helai terpotong.
Jika botak
Botak licin tanpa rambut: sunat melalukan alat cukur pada kepala.
Masih mempunyai rambut-rambut kecil: rambut kecil tersebut perlu dihilangkan sekurang-kurangnya tiga helai.
Rujuk pembimbing jika terdapat keadaan khusus.
Siapa boleh membantu?
Selepas bergunting
07Umrah SelesaiRukun 5 · Tertib pada semua rukun
Alhamdulillah, perjalanan asas lengkap
Semoga ibadah diterima dan memberi perubahan yang baik dalam kehidupan.
Semak 5 rukun & 2 wajib
5 Rukun Umrah
- Rukun 1: Niat ihram Umrah.
- Rukun 2: Tawaf tujuh pusingan.
- Rukun 3: Saie tujuh perjalanan.
- Rukun 4: Bergunting atau bercukur.
- Rukun 5: Tertib pada kesemua rukun.
2 Wajib Umrah
- Wajib 1: Berniat ihram Umrah sebelum melepasi miqat.
- Wajib 2: Menjaga larangan ihram hingga bergunting atau bercukur.
10 kesilapan lazim
- Tidak menghadirkan niat Umrah di dalam hati.
- Melepasi miqat tanpa berniat.
- Membuka bahu kanan sepanjang masa.
- Melalui Hijr Ismail ketika Tawaf.
- Tersilap mengira pusingan Tawaf.
- Menyakiti orang lain untuk mendekati Hajar al-Aswad.
- Melakukan Saie tanpa didahului Tawaf yang sah, termasuk wanita haid yang belum menyempurnakan Tawaf.
- Mengira perjalanan pergi dan balik Saie sebagai satu.
- Memotong rambut sebelum selesai Saie.
- Menentukan dam sendiri tanpa pembimbing.
Ada keraguan?
Nota ringkasan
Ringkasan Perjalanan Umrah
Semak bila, amalan, hukum, penentuan sah dan cara ringkas bagi setiap tahap.
| TahapDi mana | BilaWhen | Amalan & hukumWhat | Penentuan sahValidation | Cara ringkasHow |
|---|---|---|---|---|
| MiqatPermulaan Umrah | Sebelum melepasi miqat mengikut laluan perjalanan. |
|
|
|
| Dalam IhramSelepas niat | Selepas berniat hingga selesai bergunting atau bercukur. |
|
13 Larangan Ihram
|
|
| TawafMasjidil Haram | Selepas tiba di Makkah dan bersedia melaksanakan Tawaf Umrah. |
|
8 Syarat Sah Tawaf
|
|
| SaieSafa dan Marwah | Selepas Tawaf Umrah yang sah. |
|
6 Syarat Sah Saie
|
|
| Bergunting/BercukurPenyempurnaan Umrah | Selepas selesai Saie. |
|
3 Syarat Bergunting/Bercukur
|
|
| TertibUmrah selesai | Sepanjang pelaksanaan semua rukun Umrah. |
|
Niat → Tawaf → Saie → Bergunting atau bercukur. |
|